Saturday, February 21, 2015

Pindah


GEGAR


apa kaitan ngan tajuk? (haha comelnya)

12 Februari 2013

  'bla la. bosan ngan korang !'
      pintu dihempas keras. 

semua terduduk. terkedu dengan tindakannya.

..............................................................................................................................

"ishhh ha ha goalllll!!!! weh jdt menang weh!!"

tiada respon.

"erm, kau kenapa ni?"

 curious bertandang bila terlihat sahabat sendiri termenung. lama lak tuh.

"kita sama sama dalam legasi nak bangunkan Sekolah at-Tarbiyah ni. kenapa Harith tiba-tiba je melenting semalam?" setelah lama termenung di beranda, baru terkeluar perkara yang disimpannya. Dia memalingkan wajah kepada rakannya yang sedang khusyuk melayan bola di kaca tv. (eceh kaca haha)

"memang bersama, Im. Tapi lepas ni kitorang dah takde kekuatan kitorang. aku pun faham dia. ikutkan hati aku pun, aku nak bla lari hempas pintu gak. tapi aku taknak syaitan menang hasut kemarahan aku" terbatal niat nak tengok bola, topik itu lebih menarik minatnya.

"maksud kau ape, Man? kekuatan?"

"yes. our strength'll go. you'll go"

Imran mengeluh lembut.

"bukan niat aku nak tinggalkan kauorang. tapi ramai lagi yang berpotensi naikkan sekolah ni. aku cuma pelajar biasa weh. aku cuma naqib je."

"naqib naqib pun, kau yang buatkan kitorang kuat. kalau tak aku tak berani nak jatuhkan geng si Amir tu kau tahu tak? walaupun aku KP. kau jugak lah yang bantu buat sekolah ni naik biah solehah dia kau sedar tak? kau lah yang selalu tarik aku time aku marah. mana nak cari orang macam kau lagi?"

"aku biasa biasa jelah. haih. kalau aku stay, tertutuplah peluang orang lain untuk menyerlah. aku kan dah terlebih 'hawt' hhahaha"

Aiman menumbuk lembut bahu sahabat tu. boleh pulak buat lawak hambar time cenni. ada ke patut?? 

"ou. sakit lah i. hahaha jangan lah maree."

Aiman membalas muka kecewa.

"okay. ceni lah. meh aku explain why in all of sudden aku tukar pilihan untuk pindah. and why aku lambat sangat bagitau korang"

Imran mengambil tempat kosong di sebelah Aiman.

"sebab aku nak sebarkan lagi luas agama ni. bukan kat sekolah ni je. aku nak jumpa manusia sebenar. eh korang pun manusia sebenar ahahah. tapi, aku nak jumpa manusia yang hakikat di dunia yang fana' ni. aku nak jumpa realiti. dalam sekolah ni, kita syok sendiri kau tahu tak? beri ingatan sesama sendiri. bagus memang bagus, 

tapi orang luar tu kenapa dibiar? 

sampai bila yang baik hanya dengan baik? 
sampai bila yang jahat hanya dengan jahat?
sampai bila da'ie tu perspektif orang hanya dari sekolah bertitle AGAMA?
sampai bila?

mungkin aku takdelah baik mana. tak kuat dalam ibadah. iman tak kuat. tak cukup ilmu

tapi sampai bila nak tunggu ibadah cukup baru nak keluar dunia sebenar?
sampai bila nak tunggu iman full (kononnya) baru nak dakwah?
sampai bila nak tunggu cukup baik baru nak hadapi dunia ni?

and kenapa aku bagitau lambat is because aku takut benda ni jadi lah.

jangan terlalu mengharapkan orang lain, percayalah diri sendiri. kau mampu naikkan lagi sekolah ni."

Aiman menutup mukanya. Merah. terlihat manik-manik halus dari celah jarinya.
Imran ternampak lalu memeluknya 

"aku minta maaf. sebab tinggalkan kauorang. serious. aku sayang kauorang. Harith. kau. Ammar. ngan Harith."

"aku sedih sebab aku tak fikir macam tu. kenapalah otak kau selalu advance? haha aku sedih gak sebab kau nak pergi. tapi kau korbankan keseronokan dan kesenangan kau untuk masuk dalam medan perang yang lebih dahsyat. sayang kau."

mereka berpelukan.

..............................................................................................................................

Hari last Imran.

"jaga diri kat sana."

"jangan couple! sekolah sains selalunya ramai lawa lawa ahaha"
"jaga ikhtilat"

"mintak maaf weh. halal semua benda"

"naikkan nama sekolah kita kat sana!"

"akanku ingat semuanya lah , insyaAllah. doakan aku. jangan lupa doa kay?" Imran tersenyum dalam esak tangisan. 

.........................................................................................................................

30 Oktober 2014

Selangor, 30 Okt. 2014 - Sekolah at-Tarbiyah mencapai tahap sekolah paling cemerlang pada tahun 2014. dari segi sahsiah, sangat memberangsangkan. bukan setakat sahsiah, malahan ko-akademik juga ko-kurikulum mereka amat mengejutkan satu negara Malaysia.

'kerana hakikatnya kena bawa Islam di mana sahaja kita. ada sahabat saya yang telah pindah dari sekolah ni cakap.. yang kita kena percayakan diri sendiri. baru boleh capai apa yang kita mahu. itulah apa yang saya tegaskan pada pelajar sekolah ni', jawab Ketua Umum Sekolah at-Tarbiyah apabila ditanya rahsia keberhasilan murid di sini.

.....................................................................................................................................

tersenyum si dia membaca buletin tersebut.

'aku bangga dengan kau, Man. Sekolah tu mampu bergegar tanpa aku'